Haa mesti ko orang pernah minum air 100 Plus kan. Aku ni jenis tak suke minum air yang bergas or yang manis. Aku lebih suke minum air kosong / air mineral tak kisah la pagi ke petang ke or malam. Tapi kalau along aku tu memang kaki minum air manis je.
So ni nak cite sikit pasal 100 Plus, lately ni aku sering sakit kepala maybe 2 or 3 bulan sekali akan rase sakit kepala. Dulu tak de la kerap macam ni. Maybe faktor usia kot. Doktor pun cakap tu normal. Di sebabkan aku jarang sakit, aku pn jarang makan ubat.
Hari tu aku ade baca info kat mukabuku pasal cara nak kurangkan sakit kepala dengan minum air 100 Plus + air kosong. Kalau tak silap aku nisbahnye 1:2 kot. Means, 1 tin air 100 Plus + 2 gelas air kosong. And guess what? Alhamdulillah berkesan. Tapi aku nk tambah sikit petua aku, lepas minum aku tido. Insyallah bangun tido ko orang akan rase lega sikit.
Hari tu time sakit kepala aku ade la beli 100 Plus yang dalam tin tu kat kedai. Purata kat kedai jual harga RM1.50 untuk satu tin. So baru baru ni aku pergi ke Tesco cari 100 Plus and aku beli yang dah siap pack 6 tin tu. Murah la jugak harga RM6.99 so kos utk 1 tin adalah (sila kira sendiri). Yang peliknye ade lg pack yang besar 100 Plus klau tak silap aku 24 tin kot. Tapi bile aku kira, kos untuk 1 tin bg pack yang besar ni lg mahal around RM1.30. Aku ingatkan beli makin banyak, makin murah.
Bile dah banyak tin kat umah ni baru la tibe tibe datang kesedaran untuk kumpul je tin ni. Nant dah banyak boleh hantar pi recycle. Silalah menyayangi alam sekitar anda okey.
Macam mane pun 100 Plus ni ade kandungan gula yang tinggi so tak elok kalau di ambil selalu.












